Monday 25 May 2015

PEOPLE’S REASONS FOR DIVORCING:
Gender, Social Class, the Life Course, and Adjustment

1.0  PENGENALAN
Perceraian adalah peristiwa atau isu yang sangat kompleks dan boleh digambarkan daripada pelbagai perspektif. Sebagai contoh, dalam kajian sosiologikal memberi fokus kepada struktur perkembangan kehidupan terhadap gangguan perkahwinan seperti tahap sosial, kaum, dan usia diawal perkahwinan (Bumpass, Martin, & Sweet, 1991). Ini membuktikan bahawa terdapat faktor-faktor atau punca yang boleh menyebabkan berlakunya perceraian dan ianya boleh diklasifikasikan mengikut jantina, sosial, kelas sosial, life course dan adjustment.
Dari segi kajian psikologi pula lebih memberi penekanan terhadap interaksi diantara pasangan seperti pengurusan konflik (Gottman, 1994), ciri-ciri personaliti seperti tingkahlaku antisosial diantara pasangan (Leonard & Roberts, 1998). Faktor ini telah mewujudkan pelbagai persepsi terhadap punca yang menyebabkan berlakunya perceraian.
Kajian yang dilakukan oleh Paul R. Amoto dan Denise Previti di Pennsylvania State University kepada 208 orang respondan. Spesifik kajian ini lebih kepada punca perceraian mengikut jantina, klass sosial, dan life course.  Dapatan umum mendapati pasangan berkahwin lebih menyalahi antara satu sama lain berbanding menyelesaikan masalah mereka. Kajian ini mempunyai tiga matlamat yang perlu dicapai. Matlamat pertama adalah mengenalpasti punca berlakunya perceraian, melihat bagaimana faktor seperti (usia perkahwinan, tempoh masa perkahwinan dan mempunyai anak), dan fokus kepada kajian lepas mengenai perceraian.

2.0  PUNCA
Faktor-faktor atau punca dalam kajian ini adalah berdasarkan faktor perbezaan jantina (lelaki dan perempuan), status sosioekonomi (tinggi dan rendah), tempohmasa perkahwinan (panjang dan pendek) dan usia perkahwinan(tua dan muda). Mengikut Kitson (1992) punca berlakunya perceraian dari sudut perbezaan jantina adalah lelaki lebih memberi komitmen terhadap kerjaya, masalah dengan ibubapa mertua, masalah luaran dan keinginan seksual isteri yang melampau. Berbanding wanita pula, puncanya adalah dari segi personaliti, minum minuman keras, keluar dengan lelaki lain, keinginan seksual suami yang melampau dan keadaan ekonomi. Bloom, Niles & Tacher (1985), menyatakan bahawa lelaki mempunyai masalah penyalahgunaan dadah dan penderaan fizikal sendiri. Manakala perempuan pula berpunca daripada penderaan daripada suami dan suami mabuk dan emosi suami yang tidak stabil
Selain itu, punca yang seterusnya ialah dari segi status sosioekonomi. Kitson (1992), menyatakan bahawa pasangan yang berkahwin pada usia yang terlalu muda, masalah komunikasi, perubahan minat, masalah konflik jantina dan masalah pasangan itu sendiri adalah berada pada tahap yang tinggi punca berlakunya perceraian.Hal ini kerana keadaan dan situasi pasangan itu yang masih tidak stabil menyebabkan wujudnya masalah perkahwinan di usia muda ekoran daripada status sosioekonomi. Walaubagaimanapun masalah seperti kewangan, emosi, fizikal, jenayah, judi, penderaan adalah berada pada tahap yang rendah yang mempengaruhi perceraian dari segi status sosioekonomi.
Seterusnya adalah punca tempoh masa perkahwinan yang boleh mempengaruhi perceraian. Kitson (1992) menyatakan bahawa pasangan yang berkahwin dalam tempoh masa yang lama kemudian bercerai adalah kerana perubahan minat dan nilai, tiada perasaan kepada keluarga sendiri dan berlakunya kecurangan. Manakala pasangan yang berkahwin dalam tempoh masa pendek kemudian bercerai adalah berpunca daripada masalah dengan ibubapa mertua, konflik dan masalah seksual.
Seterusnya ialah punca usia perkahwinan yang boleh mempengaruhi perceraian. Kitson (1992), berpendapat pasangan yang bercerai di usia tua adalah kerana mabuk, tiada perasaan terhadap keluarga, konflik dengan anak, dan konflik jantina. Manakala pasangan yang bercerai di usia muda adalah kerana terlalu awal berkahwin, kecurangan, masalah komunikasi dan keluar dengan lelaki lain.

3.0  DAPATAN
Berdasarkan artikel Amato & Previti (2003) menyatakan bahawa 208 jumlah responden telah diberikan soalan yang terbuka dan tertutup mengenai perkara yang menyebabkan berlakunya penceraian dalam kehidupan mereka. Berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi menyatakan bahawa punca tertinggi yang menyebabkan kepada berlakunya penceraian adalah disebabkan oleh sikap pasangan yang berlaku curang dalam hubungan suami isteri. Seterusnya ialah disebabkan pasangan yang tidak mempunyai persefahaman diantara satu sama lain. Diikuti dengan faktor penggunaan dadah terlarang dan alkohol. Faktor yang seterusnya ialah disebabkan pasangan suami isteri yang tinggal berasingan. Seterusnya ialah masalah personaliti, masalah komunikasi dan perderaan fizikal atau mental.
Berdasarkan daripada jumlah dapatan tersebut menunjukkan bahawa menurut responden perempuan, kebanyakan kes yang menyebabkan berlakunya penceraian ialah disebabkan faktor pasangan yang tidak setia dan penggunaan dadah dan alkohol. Namun begitu, berlainan pendapat daripada responden lelaki yang menyatakan bahawa masalah komunikasi antara pasangan merupakan punca mengapa berlaku penceraian dalam kalangan pasangan suami dan isteri. Tambahan lagi, terdapat juga golongan lelaki yang menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui apakah punca yang menyebabkan mereka bercerai dengan pasangan mereka.
4.0  IMPLIKASI
Penceraian yang berlaku melibatkan keseluruhan ahli keluarga. Hal ini memberi kesan kepada institusi keluarga itu sendiri. Kesan daripada penceraian bukan sahaja melibatkan pasangan suami isteri itu sahaja, tetapi ianya turut melibatkan ahli keluarga yang lain. Kesannya dapat dilihat memberi kesan kepada anak-anak mereka. Remaja yang menghadapi tekanan mental dan mempunyai konflik jiwa biasanya datang dari keluarga yang berpecah belah (Suaidi, 1994). Hal ini dapat dilihat berdasarkan kepada remaja ini biasanya akan lebih gemar untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar seperti suka lepak bersama kawan-kawan.
Disamping itu, kesan daripada penceraian ini juga boleh memberi tekanan dan menyebabkan fikiran anak-anak menjadi terganggu. Kesan daripada penceraian ini boleh menyebabkan kanak-kanak menerima impak daripada aspek psikologi seperti menyendiri, agresif, dan berlaku kemerosotan dalam pelajaran.
Seterusnya, penceraian ini juga boleh menyebabkan pasangan yang baru lepas bercerai mengalami masalah kewangan. Apabila berlaku penceraian, pasangan akan mula menjalani kehidupan yang baru yang mana mereka perlu mencari pendapatan sendiri. Tambahan lagi sekiranya sebelum bercerai salah seorang sama ada suami atau isteri tidak bekerja, ianya akan menimbulkan lebih banyak isu kepada individu tersebut. Biasanya selepas bercerai anak-anak akan tinggal bersama ibu, hal ini akan menyebabkan timbulnya masalah kewangan dalam keluarga. Golongan wanita kebanyakannya merupakan seorang suri rumah sebelum mereka bercerai dan apabila bercerai ianya akan memberi kesan kepada keluarga kerana golongan ibu perlu mula mencari sumber kewangan untuk menanggung perbelanjaan keluarga.
Perceraian bukan sahaja memberi kesan kepada anak-anak dan kewangan keluarga sahaja, perceraian juga boleh memberi kesan kepada psikologi pasangan itu sendiri (Norhayati Md Salleh, 2013). Pasangan yang bercerai biasanya akan mengalami gangguan emosi seperti bersedih, suka memendam perasaan, dan murung. Terdapat juga pasangan yang baru lepas bercerai menjadi agresif dengan menjadikan anak-anak mereka tempat melepaskan perasaan marah terhadap pasangan. Hal ini disebabkan oleh perpisahan yang berlaku yang mengakibatkan pasangan tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka telah bercerai.
5.0  RUMUSAN
Perceraian merupakan satu perkara yang perlu dielakkan yang berlaku dalam dunia perkahwinan. Perceraian ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan ianya membawa kepada kesan yang negatif dan positif kepada individu lain. Dari sudut yang positif perceraian ini merupakan jalan terbaik bagi pasangan suami isteri apabila perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan lagi. Bagi mengelakkan impikasi kepada keluarga, pasangan suami dan isteri perlu mengambil langkah yang perlu bagi memastikan perkahwinan yang telah dibina dapat dikekalkan. Pelbagai langkah boleh diambil bagi mengelakkan berlaku perceraian seperti menambah pengetahuan, berjumpa dengan kaunselor, dan memperbaiki komunikasi supaya menjadi lebih baik antara pasangan. 
6.0  RUJUKAN
Amato, P, R., & Previti, D., (2003) People’s Reasons for Divorcing: Gender, Social Class, The Life Course, and Adjustment. The Pennsylvania State University.
Bumpass, L. L., Martin, T. C., & Sweet, J. A. (1991). The Impact of Family Background and Early Marital Factors on Marital Disruption. Journal of Family Issue, 12, 22-42
Gottman, J. M. (1994). What Predict Divorce? Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbraum.
Kitson, G. C. (1992). Potrait of Divorce: Adjusment to Marital Breakdown. New York: Guilford.
Suaidi, N., (1994). Faktor-Faktor Peribadi dan Keluarga Yang Berkaitan Dengan Konsep Kendiri Pelajar Remaja Daripada Keluarga Bercerai: Satu Kajian Kes.Universiti Putra Malaysia


No comments:

Post a Comment